Saturday, February 17, 2007

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 1

Assalamualaikum wr. wbt;

Kepada semua membca blog ini yang dikasihi dan dingati;

Alhamdulilah hari ini saya berkesempatan menulis mengenai pendakian kami ke gunung Kinabalu. Pada saya ini adalah satu trip yang sangat menyeksakan diri saya disamping menyeronokkan. Menyeksakan sebab memang penat dan teramat penat mendaki gunung ketika umur 47 tahun yang semakin dimamah usia ini. Walaupun saya sempat berlatih lari sebanyak 4 km sehari selama hampir 3 minggu tapi rupanya tak cukup kuat untuk digunakan semasa pendakian kerana stamina yang tinggi amat diperlukan untuk mendaki gunung yang serba tinggi ini. Seronok sebab saya berjaya daki gunung dan berjaya turun ke bawah dengan jayanya tanpa sebarang insiden seperti kecederaan kepada mana-mana bahagian otot kami.

Sebelum masuk saya sempat ambil gambar kapal terbang yang kami naiki

Kami sepatutnya mula trip kami kami sekitar jam 7.00 pagi dengan menaiki penerbangan air asia pada hari isnin 15 januari, 2007. Tapi flight delay selama 11 jam. Kami hanya berlepas sekitar 6.20 petang. Begitulah kalau kita nak terbang menggunakan air asia kena bersedia untuk flight delay. Begitu juga kami sepatutnya pergi 4 orang tapi tinggal dua orang sahaja yang lain nampaknya terpaksa tak pergi kerana panggilan kerja yang banyak. Ala kulihal kami pergi juga walaupun dua orang.


Balai Ketibaan di terminal dua yang baru sahaja dirasmikan pagi 15 Januari, 2007

Kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu sekitar jam 8.30 malam. Disebabkan kami dah lambat kami tidur di Tang Dynasty di Kota Kinabalu walaupun kami dah booking hostel di kinabalu Park - kundasang. Mulanya kami nak tidur di promenade hotel tapi hotel tersebut agak penuh jadi kami tidur di Tang Dynasty hotel. Kami sempat makan malam di tepi pantai disekitar hotel promenade.

Keesokkan harinya kami (Dr. Nordin dan saya) mula perjalanan ke Kinabalu Park menggunakan Hi-Lux yang dipinjamkan oleh kawan Dr. Nordin kepada beliau. Perjalanan dari Kota Kinabalu Park ke Kaki Gunung Kinabalu ( Kinabalu Park ) mengambil masa kurang dari dua jam. Perjalanan agak selesa kerana Hi-lux yang diberi pinjam kepada kami amat bersih dan selesa.

Hi lux Yang diberi pinjam kepada kami.




















1 comment:

Mat Noor Md Zain said...

tumpang baca pengalaman anda, sebagai persediaan nak kesana