Saturday, February 17, 2007

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 4

Assalamualaikum wr. wbt;

Semua yang membaca blog ini yang diingati dan dikasihi;

Sekali lagi sorrylah kalau email ini memboringkan saudara semua. Memandangkan ramai yang dah berhenti menulis dalam milis (mailing list) ini, jadi saya ambil initiatif menulis pengalaman saya mendaki gunung kinabalu yang baru sahaja saya penuhi hajat saya pada 15 ke 18 januari, 2007 yang lepas, dengan harapan ramai yang menulis pengalaman mereka pula. Mana tahu lepas baca pengalaman saya ini ada pula yang nak pergi mendaki gunung kinabalu yang terkenal di pelusuk dunia ini.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini antara motivasi yang menyebabkan kami daki gunung kinabalu ialah kerana kami dah sampai di kaki gunung tapi oleh sebab tertentu kami masih tak dapat daki lagi. Saya unpamanya dah tidur di hotel perkasa di Kundasang 4 tahun lepas tapi tak bersedia untuk panjat gunung ini kerana tak cukup training. Alhamdulillah dapat juga sampai hajat saya sebelum meninggal, dapat daki gunung kinabalu tahun ini. Mana tahu kalau ada rezeki dan jika diizinkan Allah saya ingin panjat gunung everest pula.

Kalau bandingkan Gunung Tahan, yang kami lawati pada tahun 1976 bersama dengan Mr. Briggs, ZZ, AMOSA. Norazaman Othman dan beberapa lagi nama yang ZZ ingat tapi saya dah tak ingat, Gunung Kinabalu lebih mudah lagi tapi ketinggian Gunung Kinabalu jauh lebih tinggi dari gunung Tahan.

Gunung Tahan yang tak tahan nak daki ialah ia mengambil beberapa hari untuk sampai ke kaki gunung tahan. Dulu masa tahun 1976 semasa di tingkatan 4, kami mengambil masa 5 hari untuk naik dan 4 hari untuk turun. Kami juga kena masak air dan masak makanan sendiri. Kalau kita daki gunung kinabalu semua itu tak perlu kita hanya perlu bawa wang yang secukupnya.

Yang lagi buat tak tahan tentang gunung kinabalu ialah kecerunannya agak cerun hinggakan kita terpaksa pegang tali, dan kadang-kadang terlampau mengah kerana udara yang nipis. Ada juga beberapa kawasan di Gunung Kinabalu yang kalau silap-silap pijak boleh terus jatuh ke bawah dan mungkin boleh mati terutamanya di antara kilometer 6.5 dan kilometer 7. Masa turun selepas naik ke puncak, guide saya berada tersangat hampir dengan saya kerana takut saya berkubur di Gunung Kinabalu.

Ala Kulihal berikut beberapa keping gambar lagi untuk tatapan saudara semua:


Baru jalan setengah kilometer, badan dah mula sengal-sengal tapi belum letih lagi, ada lagi 5.5 km lagi untuk diharungi sebelum sampai laban rata – tempat di mana kita akan bermalam.

Pondok pertama yang kami sampai ialah Pondok Kandis. Masa ini kami masih segar bugar lagi. Badan baru gementar sahaja belum penat sangat lagi. Ketika ini kalau tak silap kita baru berjalan sejauh 0.6 kilometer.

Selepas Pondok Kandis kami akhir berjumpa dengan kilometer 1.0 – masa ini aras ketinggian dari aras laut ialah 2039 meter seperti yang tercatat dalam gambar. 5 km to go to laban rata.

Akhirnya kami sampai pondok yang kedua iaitu pondok Ubah. Ketika ini kami dah jalan lebih kurang 1.2 kilometer. Sebagaimana yang saya beritahu saudara kita perlu lalui 8 pondok sebelum sampai ke puncak. Tapi untuk hari ini saya rehat dulu.

p/s – semalam ada kawan-kawan cadang saya tahun ini buat umrah ramai-ramai. Saya berminat juga nak pergi lagi. Ada sesiapa yang tahu syarikat yang offer tambang murah untuk buat umrah. Kalau ada yang offer kami ingat nak buat umrah tapi kosnya kalau boleh sekitar RM3000 - RM3200.00. Kali ini nak pergi buat umrah secara santai sahaja. Naik kapalterbang apa pun tak apa. Kalau ada sesiapa ada maklumat tolong email saya. Kalau boleh bertolak dari KL.

insyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya sambung lagi

regards

Kamal Khalil
Skudai Johor

No comments: