Saturday, February 17, 2007

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 3

Mungkin kali ini sedikit tulisan tapi banyak gambar. Alhamdulillah selepas membayar yuran pendakian (RM30 seorang), yuran guide (RM74.00) dan yuran insuran (RM7 seorang) kami pun menaiki Hi-Lux dan pergi ke pintu masuk Timpohon yang jauhnya sekitar 5 km dari kinabalu park. Kalau naik bas taman negara kita kena bayar sekitar RM15.00. Disebabkan kami ada hilux jadi kami tak payah tunggu bas, kami terus sahaja ke pintu masuk pondok timpohon.

Rupanya di Timpohon ada dua pintu untuk masuk. Gambar pintu yang pertama adalah seperti di bawah:




Pintu luar di Pintu masuk Pondok Timpohon.


Gambar di atas ialah pintu Kedua di Pondok Timpohon. Di sini kita boleh beli barang-barang makanan dan minuman sebelum sampai destinasi terakhir pertama kami iaitu Laban Rata. Walaupun destinasi kita puncak gunung kinabalu (Low’s Peak) tapi kita terpaksa berhenti rehat di laban rata iaitu lebih kurang 6 km perjalanan dari pintu masuk pondok Timpohon.

Ini adalah pandangan dari bawah. Di atas adalah pintu masuk pondok timpohon. Masa ini ialah kira-kira jam 10.00 pagi hari selasa (16 Januari, 2007).


Untuk pergi ke puncak gunung, pelawat boleh menggunakan pintu masuk timpohon atau pintu masuk mersilau. Kalau kita naik ikut pintu masuk mersilau kita kena naik bas sekitar 15 km dari pondok timpohon untuk sampai ke pintu masuk mersilau. Di bawah saya sertakan gambar menunjukkan jauh mana kita perlu lalui untuk sampai ke puncak gunung iaitu Low’s Peak jika menggunakan pintu masuk pondok timpohon.


Penanda aras yang berwarna hijau ialah Pondok-pondok yang kami berhenti untuk ambil nafas, minum dan makan coklat untuk dapatkan seminar. Di sini jugalah kami berpeluang untuk berbual dengan pelawat dari luar negara dan dalam negara. Sebelum sampai ke Laban rata kami perlu lalui 8 shelter atau pondok. InsyaAllah gambar-gambar pondok di email yang lain.

No comments: