Sunday, March 4, 2007

kembara menawan gunung kinabalu siri 5

Minta maaf lama sangat saya terhenti tulisan saya mengenai pendakian gunung kinabalu. Masa menulis ini tengah meeting di pejabat. InsyaAllah sambil meeting saya cuba sambung tulisan mengenai pendakian kami ke gunung kinabalu. Sebelum ini tulisan saya berhenti di kilometer 2. Antara kilometer 0 dan kilometer 2 terdapat dua pondok yang perlu dilalui iaitu pondok kandis dan pondok ubah. Gambar-gambar pondok tersebut telah saya sertakan dalam email yang lepas. InsyaAllah mungkin lepas ini saya akan mulakan celoteh saya bermula di kilometer 2.

Selepas kilometer 2 pondok yang bakal kita jumpa ialah pondok Lowi. Berikut adalah dua gambar yang sempat saya ambil ketika berehat di pondok Lowi.

Gambar Pondok Lowi dari bawah. Masa ini ramai yang singgah di sini jadi macam tak ada tempat nak duduk.

Masa pendakian ke Gunung Kinabalu kami jadikan pasangan Korea ini [kumpulan mereka ada 4 orang semuanya] sebagai benchmark kami. Kalau pasangan Korea ini mengatasi kami maknanya kami agak perlahan dalam pendakian kami dan perlu laju lagi tapi so far pasangan korea ini tak pernah mengatasi kami.

Di Kilometer 2.5 kami masih mampu tersenyum lagi. Cabaran yang hebat masih menanti kami tapi di kilometer mana agaknya?

Rasanya di kilometer 3.0 kami atasi dengan agak mudah, tapi masih memenatkan badan. InsyaAllah bersambung dalam email yang lain kalau ada masa untuk menulis

wassalam

Kamal Khalil
Skudai Johor

__._,_.___ Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.


Saturday, February 17, 2007

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 4

Assalamualaikum wr. wbt;

Semua yang membaca blog ini yang diingati dan dikasihi;

Sekali lagi sorrylah kalau email ini memboringkan saudara semua. Memandangkan ramai yang dah berhenti menulis dalam milis (mailing list) ini, jadi saya ambil initiatif menulis pengalaman saya mendaki gunung kinabalu yang baru sahaja saya penuhi hajat saya pada 15 ke 18 januari, 2007 yang lepas, dengan harapan ramai yang menulis pengalaman mereka pula. Mana tahu lepas baca pengalaman saya ini ada pula yang nak pergi mendaki gunung kinabalu yang terkenal di pelusuk dunia ini.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini antara motivasi yang menyebabkan kami daki gunung kinabalu ialah kerana kami dah sampai di kaki gunung tapi oleh sebab tertentu kami masih tak dapat daki lagi. Saya unpamanya dah tidur di hotel perkasa di Kundasang 4 tahun lepas tapi tak bersedia untuk panjat gunung ini kerana tak cukup training. Alhamdulillah dapat juga sampai hajat saya sebelum meninggal, dapat daki gunung kinabalu tahun ini. Mana tahu kalau ada rezeki dan jika diizinkan Allah saya ingin panjat gunung everest pula.

Kalau bandingkan Gunung Tahan, yang kami lawati pada tahun 1976 bersama dengan Mr. Briggs, ZZ, AMOSA. Norazaman Othman dan beberapa lagi nama yang ZZ ingat tapi saya dah tak ingat, Gunung Kinabalu lebih mudah lagi tapi ketinggian Gunung Kinabalu jauh lebih tinggi dari gunung Tahan.

Gunung Tahan yang tak tahan nak daki ialah ia mengambil beberapa hari untuk sampai ke kaki gunung tahan. Dulu masa tahun 1976 semasa di tingkatan 4, kami mengambil masa 5 hari untuk naik dan 4 hari untuk turun. Kami juga kena masak air dan masak makanan sendiri. Kalau kita daki gunung kinabalu semua itu tak perlu kita hanya perlu bawa wang yang secukupnya.

Yang lagi buat tak tahan tentang gunung kinabalu ialah kecerunannya agak cerun hinggakan kita terpaksa pegang tali, dan kadang-kadang terlampau mengah kerana udara yang nipis. Ada juga beberapa kawasan di Gunung Kinabalu yang kalau silap-silap pijak boleh terus jatuh ke bawah dan mungkin boleh mati terutamanya di antara kilometer 6.5 dan kilometer 7. Masa turun selepas naik ke puncak, guide saya berada tersangat hampir dengan saya kerana takut saya berkubur di Gunung Kinabalu.

Ala Kulihal berikut beberapa keping gambar lagi untuk tatapan saudara semua:


Baru jalan setengah kilometer, badan dah mula sengal-sengal tapi belum letih lagi, ada lagi 5.5 km lagi untuk diharungi sebelum sampai laban rata – tempat di mana kita akan bermalam.

Pondok pertama yang kami sampai ialah Pondok Kandis. Masa ini kami masih segar bugar lagi. Badan baru gementar sahaja belum penat sangat lagi. Ketika ini kalau tak silap kita baru berjalan sejauh 0.6 kilometer.

Selepas Pondok Kandis kami akhir berjumpa dengan kilometer 1.0 – masa ini aras ketinggian dari aras laut ialah 2039 meter seperti yang tercatat dalam gambar. 5 km to go to laban rata.

Akhirnya kami sampai pondok yang kedua iaitu pondok Ubah. Ketika ini kami dah jalan lebih kurang 1.2 kilometer. Sebagaimana yang saya beritahu saudara kita perlu lalui 8 pondok sebelum sampai ke puncak. Tapi untuk hari ini saya rehat dulu.

p/s – semalam ada kawan-kawan cadang saya tahun ini buat umrah ramai-ramai. Saya berminat juga nak pergi lagi. Ada sesiapa yang tahu syarikat yang offer tambang murah untuk buat umrah. Kalau ada yang offer kami ingat nak buat umrah tapi kosnya kalau boleh sekitar RM3000 - RM3200.00. Kali ini nak pergi buat umrah secara santai sahaja. Naik kapalterbang apa pun tak apa. Kalau ada sesiapa ada maklumat tolong email saya. Kalau boleh bertolak dari KL.

insyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya sambung lagi

regards

Kamal Khalil
Skudai Johor

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 3

Mungkin kali ini sedikit tulisan tapi banyak gambar. Alhamdulillah selepas membayar yuran pendakian (RM30 seorang), yuran guide (RM74.00) dan yuran insuran (RM7 seorang) kami pun menaiki Hi-Lux dan pergi ke pintu masuk Timpohon yang jauhnya sekitar 5 km dari kinabalu park. Kalau naik bas taman negara kita kena bayar sekitar RM15.00. Disebabkan kami ada hilux jadi kami tak payah tunggu bas, kami terus sahaja ke pintu masuk pondok timpohon.

Rupanya di Timpohon ada dua pintu untuk masuk. Gambar pintu yang pertama adalah seperti di bawah:




Pintu luar di Pintu masuk Pondok Timpohon.


Gambar di atas ialah pintu Kedua di Pondok Timpohon. Di sini kita boleh beli barang-barang makanan dan minuman sebelum sampai destinasi terakhir pertama kami iaitu Laban Rata. Walaupun destinasi kita puncak gunung kinabalu (Low’s Peak) tapi kita terpaksa berhenti rehat di laban rata iaitu lebih kurang 6 km perjalanan dari pintu masuk pondok Timpohon.

Ini adalah pandangan dari bawah. Di atas adalah pintu masuk pondok timpohon. Masa ini ialah kira-kira jam 10.00 pagi hari selasa (16 Januari, 2007).


Untuk pergi ke puncak gunung, pelawat boleh menggunakan pintu masuk timpohon atau pintu masuk mersilau. Kalau kita naik ikut pintu masuk mersilau kita kena naik bas sekitar 15 km dari pondok timpohon untuk sampai ke pintu masuk mersilau. Di bawah saya sertakan gambar menunjukkan jauh mana kita perlu lalui untuk sampai ke puncak gunung iaitu Low’s Peak jika menggunakan pintu masuk pondok timpohon.


Penanda aras yang berwarna hijau ialah Pondok-pondok yang kami berhenti untuk ambil nafas, minum dan makan coklat untuk dapatkan seminar. Di sini jugalah kami berpeluang untuk berbual dengan pelawat dari luar negara dan dalam negara. Sebelum sampai ke Laban rata kami perlu lalui 8 shelter atau pondok. InsyaAllah gambar-gambar pondok di email yang lain.

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 2


Kami mengambil masa selama dua jam [campur berhenti breakfast] untuk sampai ke kaki gunung Kinabalu atau Kinabalu Park dari Kota Kinabalu. Kami perlu pergi ke Kinabalu Park kerana kami perlu bayar yuran daki gunung sebanyak RM30.00 seorang [ kalau foreigner mereka kena bayar RM100.00 seorang]. Kemudian perlu bayar RM74.00 untuk yuran guide [seorang kena bayar RM37.00], RM7 untuk insurance, RM3.00 untuk bayar yuran masuk, dan RM10.00 untuk sijil [colur] berjaya panjat {kalau tak berjaya kena bayar RM1.00 untuk sijil hitam putih.

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan:

Gambar Dr. Nordin – Di belakang adalah gunung kinabalu yang bakal kami naik.


Taman Kinabalu [Tapak warisan dunia] – tempat membayar yuran mendaki, yuran guide dan insurance untuk mendaki gunung kinabalu.


Kamal, Mohd. Jaldy Paiman (guide) dan Dr. Nordin

kembara menawan Gunung Kinabalu Siri 1

Assalamualaikum wr. wbt;

Kepada semua membca blog ini yang dikasihi dan dingati;

Alhamdulilah hari ini saya berkesempatan menulis mengenai pendakian kami ke gunung Kinabalu. Pada saya ini adalah satu trip yang sangat menyeksakan diri saya disamping menyeronokkan. Menyeksakan sebab memang penat dan teramat penat mendaki gunung ketika umur 47 tahun yang semakin dimamah usia ini. Walaupun saya sempat berlatih lari sebanyak 4 km sehari selama hampir 3 minggu tapi rupanya tak cukup kuat untuk digunakan semasa pendakian kerana stamina yang tinggi amat diperlukan untuk mendaki gunung yang serba tinggi ini. Seronok sebab saya berjaya daki gunung dan berjaya turun ke bawah dengan jayanya tanpa sebarang insiden seperti kecederaan kepada mana-mana bahagian otot kami.

Sebelum masuk saya sempat ambil gambar kapal terbang yang kami naiki

Kami sepatutnya mula trip kami kami sekitar jam 7.00 pagi dengan menaiki penerbangan air asia pada hari isnin 15 januari, 2007. Tapi flight delay selama 11 jam. Kami hanya berlepas sekitar 6.20 petang. Begitulah kalau kita nak terbang menggunakan air asia kena bersedia untuk flight delay. Begitu juga kami sepatutnya pergi 4 orang tapi tinggal dua orang sahaja yang lain nampaknya terpaksa tak pergi kerana panggilan kerja yang banyak. Ala kulihal kami pergi juga walaupun dua orang.


Balai Ketibaan di terminal dua yang baru sahaja dirasmikan pagi 15 Januari, 2007

Kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu sekitar jam 8.30 malam. Disebabkan kami dah lambat kami tidur di Tang Dynasty di Kota Kinabalu walaupun kami dah booking hostel di kinabalu Park - kundasang. Mulanya kami nak tidur di promenade hotel tapi hotel tersebut agak penuh jadi kami tidur di Tang Dynasty hotel. Kami sempat makan malam di tepi pantai disekitar hotel promenade.

Keesokkan harinya kami (Dr. Nordin dan saya) mula perjalanan ke Kinabalu Park menggunakan Hi-Lux yang dipinjamkan oleh kawan Dr. Nordin kepada beliau. Perjalanan dari Kota Kinabalu Park ke Kaki Gunung Kinabalu ( Kinabalu Park ) mengambil masa kurang dari dua jam. Perjalanan agak selesa kerana Hi-lux yang diberi pinjam kepada kami amat bersih dan selesa.

Hi lux Yang diberi pinjam kepada kami.